Monday, May 30, 2011

Tenang.

Hujung minggu ini sebenarnya berjalan lancar. Maksud aku, dari segi pembahagian masa dan lain-lain. Hujung minggu yang nampak produktif sebenarnya.

*

Aku cuba untuk enjoy setiap benda yang aku belajar, biar susah atau senang. Tapi apa yang aku sedar sekarang ni, Festigkeitslehre buat aku risau yang amat.

Okay, sebenarnya aku dah panik. Aku ada satu projek Konstruktion+CAD yang perlu dihantar pada 22 Jun ini, aku ada satu projek Maschinenelemente yang juga perlu disiapkan sebelum 1 Julai.


4 Julai : KLAUSUR. (Selama 2 minggu)

Dengan lebih kurang 9 subjek untuk semester ini, 3 daripanya aku tak yakin langsung dengan persediaan aku sekarang.


Tenang Iqbal, tenang.

No comments: