Lebih kurang 4 hari sebelum kembali ke dunia nyata, melaksanakan tanggungjawab dan hidup sendirian semula.
Sepanjang cuti, aku tak berjalan mana. Setakat pergi keluar lawat kawan-kawan. Bagi aku, cuti 2 bulan dan 2 minggu yang aku ada, hanyalah untuk diluangkan di rumah.
Rumah ialah benda paling seronok pernah berlaku dalam hidup aku. Aku tak perlu melancong jauh ketika cuti, duduk di rumah sambil membuat perkara-perkara yang aku rindu dah mencukupi. Katanya, satu satu perkara tak akan menjadi bosan kalau kita put our heart into it. Jadi, aku rehat di rumah dan put my heart into it.
Baring atas sofa, tidur di kerusi urut, main video game selepas sahur, menonton movie bersama, mengail ikan di sungai Kuantan, menyanyi bersama-sama dari koleksi CD muzik papa oleh Rod Stewart dan Scorpion dalam perjalanan balik ke kampung . Dah boleh puaskan aku.
*
Long story short, aku dah nak balik. DARN IT !
No comments:
Post a Comment