Hah. Tadi tertengok satu gambar dari majalah sekolah. Gambar graduasi, bersongkok, dibawah gambar ada tulis cita-cita untuk menjadi chef dan word of wisdom aku ketika itu iaitu sentiasa bersyukur dan terus berusaha.
Walaupun aku sampai sekarang boleh kata tak mahu ingat memori sekolah tu, tapi ada juga perkara yang aku belajar daripada hidup di situ. Dulu di sekolah, aku bukanlah seorang yang boleh kata cemerlang pun. Terlalu ramai genius dan bijak pandai dalam satu sekolah menyebabkan aku cepat rasa tertinggal. Tak sangka prinsip bersyukur dan terus berusaha itu yang 'keep me alive' selama 2 tahun sekolah menengah.
Prinsip tu, aku perlu gunakan sekarang, sentiasa. Asshole, kenapa aku lupa benda macam ni bila dah tinggalkan sekolah menengah. Come on ! Biasalah rasa kecewa masa buat projek sebegini, bersyukur dan terus berusaha !