Thursday, June 14, 2012

Fikir.

Aku ada satu perkara yang selalu bermain di dalam kepala. Aku cuba nak tahu apa yang semua orang sedang lakukan. Pukul berapa di sana, apa mereka lakukan, apa mereka sembangkan, apa agaknya yang berlaku dan lain lain.

Maka, aku kebiasaannya sudah cekap dengan permainan Greenwich Mean Time. Melihat waktu di Jerman, kemudian otak sudah berkira kira waktu di kota Belfast, di Kuantan, di Suginami-ku, di Ontario, di tanah suci dan pelbagai lagi. Boleh kata tempat tempat ini, tempat yang aku harap sangat ketika ini aku berada di situ. Melihat apa orang lakukan, apa yang makcik di kedai sedang jual, apa yang budak kecil sedang sembangkan.

No comments: